SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR
Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR)
Syarat Kelayakan
Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun
(Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah
Suami Dan Isteri Berkerja
Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah
Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja
Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Makluman
Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2024 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2024.